Khasiat susu kambing , minuman sunnah
Susu kambing merupakan minuman sunnah nabi yang mempunyai pelbagai khasiat. Khasiat susu kambing yang pelbagai menjadikannya sesuai djadikan amalan harian. Antara manfaat susu kambing ialah :
1) Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah.
Kehadirannya dalam susu kambing dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
2) Susu kambing mengandungi bahan riboflavin
Untuk memberi tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
3) Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing
Dapat mencegah penyakit kencing manis (diabetes).
4) Susu kambing mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing akan bertindak sebagai bahan untuk membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
5) Kandungan PH beralkali susu kambing
Maka susu kambing tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi
Related posts:
Rahsia Herba Warisan