punca dan tanda penyakit gastrik secara ringkas
Di antara punca terjadinya masalah gastrik adalah seperti di bawah:
- Merokok
- Meminum minuman beralkohol
- Jangkitan bakteria helicobacter pylori
- Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
- Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
- Gaya hidup yang tertekan (stress)
- Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Bagaimanapun setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya masalah gastrik . Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.
Dari segi tanda-tanda gastrik pula yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
- Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
- Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
- Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis boleh dirumuskan sebagai :
Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.
Rawatan gastrik hpa merupakan antara rawatan tradisional gastrik yang boleh dicuba samada untuk rawatan gastrik biasa mahupun rawatan gastrik kronik. Sila ke link di bawah:

>> rawatan gastrik <<
Related posts:
Rahsia Herba Warisan
[...] seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan [...]
[...] Under : penawar gastrik, rawatan gastrik, ubat gastrik, ubat penawar gastrik Tweet Penyakit gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada [...]