Radix Fried Chicken : Kini di Kangar Perlis !

July 18, 2010 admin Radix Fried Chicken

Radix fried chicken cawangan terbaru telah dibuka di Kangar, Perlis. Di bawah adalah berita yang dipaparkan di Kosmo. Radix fried chicken Kangar merupakan cawangan yang ke-6 ditubuhkan dan HPA mensasarkan 6 lagi restoran untuk tahun 2010 ini.

Radix fried chicken nampaknya akan memperkukuhkan lagi rangkaian bisnes HPA di seluruh negara. Bersama kita terus menyokong memartabatkan produk halal organik muslim.

Di bawah adalah berita mengenai radix fried chicken yang disiarkan dalam berita kosmo.

RFC diperluas ke seluruh negara

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

9 Julai 2010 – Radix fried chicken menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran Radix fried chicken di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan Radix fried chicken di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.


Share

Related posts:

  1. Radix fried chicken – kini di Kubang Kerian, Kelantan !
  2. Radix fried chicken kini di Ipoh pula !
  3. Kopi radix : produk utama HPA !
  4. Kopi radix di cetak rompak !

kopi radix, radix fried chicken, radix koko,

4 Responses to “Radix Fried Chicken : Kini di Kangar Perlis !”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Powered by WordPress. Designed by elogi.