MLM Syariah : Satu komitmen HPA

June 6, 2010 admin bisnes halal

Sudah lebih setahun HPA atau hpa industries telah membuat deklarasi bahawa bisnes MLM HPA adalah bisnes MLM Syariah. Sebagai peneraju MLM syariah, ini adalah satu langkah tepat untuk memberikan satu peluang bisnes yang jelas halal dari segi syariah. Kepada yang ingin menyertai HPA, tak perlu risau dari segi hukum dan terus fokus kepada pembinaan bisnes bersama HPA. Saya ingin menyorot kembali ketika majlis deklarasi tersebut.

Dianggarkan terdapat lebih daripada  1,200 orang yng telah hadir ke Majlis Pelancaran Ais Krim Toyyibah sempena Seminar MLM Syariah HPA yang telah diadakan di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur semalam. Dewan tersebut yang hanya boleh menampung 500 orang, penuh sesak dan menyebabkan pihak penganjur terpaksa menyediakan beberapa buah layar besar di luar dewan.

Sesi soaljawab dalam seminar MLM Syariah HPA adalah agak panas pada sebelah petang tetapi persoalan hadirin dapat dijawab dengan tenang oleh ahli panel yang terdiri dari Pengarah Urusan HPA Tn. Hj. Ismail, Pengurus Besar HPA En. Mohd Faisol serta 3 wakil panel MLM syariah HPA iaitu Us Ahmad Ali, Us. Adnan Fadhil dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman.

Di akhir seminar MLM Syariah ini,sebelum doa penutup dibacakan oleh Al Fadhil YB Hashim Jasin, Us Ahmad bin Ali selaku Pengerusi Panel Syariah HPA telah membacakan deklarasi MLM Syariah HPA sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah:

1. Sistem urusniaga dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya menepati rukun – rukun dan syarat – syarat urusniaga ditetapkan oleh syariat Islam.

2. Panel syariah tidak menemui pada secara zahirnya sebarang unsur – unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.

3. Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada secara dasarnya memenuhi ciri – ciri MLM SYARIAH yang diputuskan oleh panel syariah.

BARISAN PANEL SYARIAH

1. USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei); Pengerusi Panel.

2. USTAZ HASHIM BIN JASIN(B.A PENGAJIAN ISLAM,Universiti Baghdad)

3. DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)

4. USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)

5. USTAZ NIDHO ABDURRAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)

6. USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)

7. PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)

8. USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

9. USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

10. USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI’AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH- ALAZHAR, Pengurus Pentadbiran HPA); Setiausaha Panel.

MLM Syariah : Satu komitmen HPA

Share

Related posts:

  1. Jana duit online secara syariah : ilmu dan konsistensi

bisnes halal, halaqah tv9, mlm halal, mlm haram, MLM Islam,

3 Responses to “MLM Syariah : Satu komitmen HPA”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Powered by WordPress. Designed by elogi.