Minyak kelapa dara , menyimpan seribu rahsia

February 14, 2011 admin minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara berasal dari pohon kelapa yang merupakan kejadian Tuhan yang begitu hebat dengan pelbagai fungsi dan khasiat untuk manusia. Pada setiap bahagian pohon kelapa mempunyai berbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan sehingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai satu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Walaupun demikian, satu bahagian pohon kelapa yang seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan boleh membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa . Ini telah menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Hakikat sebenarnya, minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang telah diproses tanpa menggunakan haba atau kimia mempunyai pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar negara Barat seawal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian telah dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik dimana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia.

Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Begitulah kelebihan minyak kelapa dara


Share

Related posts:

  1. MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia
  2. Minyak kelapa dara bio asli
  3. Kualiti minyak kelapa dara
  4. khasiat minyak kelapa dara yang perlu anda tahu

kelebihan minyak kelapa dara, khasiat minyak kelapa dara, minyak kelapa dara,

3 Responses to “Minyak kelapa dara , menyimpan seribu rahsia”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Powered by WordPress. Designed by elogi.