Kali ini saya ingin berkongsi petua menghilangkan jerawat yang saya jumpa di internet. Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan menghilangkan jerawat cara ini tapi memandangkan bahan yang digunakan tidaklah begitu payah didapati, mungkin tak salah mencuba. Teruskan membaca.

1. Aspirin (ubat demam) - Walaupun secantik manapun kulit seseorang itu, pasti tetap akan mengeluarkan jerawat sekali sekala. Petua untuk kurangkan kemerahan serta mengecutkan jerawat yang baru tumbuh adalah dengan menghancurkan sebiji aspirin (ubat panadol adalah dicadangkan) dan lembabkan ubat tadi dengan sedikit air. Selepas itu sapu campuran tersebut ke kawasan yang ditumbuhi dengan jerawat, biarkankan untuk selama beberapa minit, kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. Ulangi petua menghilangkan jerawat ini hingga jerawat mengecut dan hilang.

2. Ubat gigi - Sebelum hendak tidur, letak ubat gigi pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat, biarkan ubat gigi tersebut mengering hingga keesokan harinya. Selepas itu bilas muka. Ini kerana ubat gigi boleh mambantu mengeringkan jerawat dan juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini petua menghilangkan jerawat yang paling mudah diamalkan

3. Minyak zaitun - Cara menghilangkan jerawat ini adalah merupakan cara sejak turun temurun diamalkan semenjak zaman nenek monyang lagi. Ramai bersetuju bahawa cara menghilangkan jerawat ini adalah berkesan. Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam, kacau campuran untuk beberapa minit, sapu kepada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat, biarkan seketika, kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

Selamat mencuba petua menghilangkan jerawat di atas. Semoga serba sedikit membantu anda.

cara menghilangkan jerawat

Maklumat lanjut klik bawah

>> cara menghilangkan jerawat <<

Share

Related posts:

  1. Tip menghilangkan jerawat dan pencegahan
  2. Menghilangkan JERAWAT dibuka semula jualan
  3. Cara menghilangkan JERAWAT dengan CEPAT tanpa bahan kimia
  4. Menghilangkan jerawat secara semulajadi

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: