Khasiat kopi radix hpa
Kopi radix mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat kopi radix ialah:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism adalah terjadi disebabkan oleh peradangan berpunca daripada ketidak seimbangan suhu. Ini mewujudkan asid yang berlebihan seperti asid urik yang boleh menyebabkan ghout. Kopi radix hpa boleh bertindak secara diuretik (iaitu memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat banyak testimoni berkenaan kelebihan penggunaan kopi radix hpa yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Demam Panas
Kopi radix akan dapat menghilangkan rasa hendak demam jika dapat diambil di peringkat awal disebabkan bahan yang terdapat dalam Radix akan dapat meningkatkan sistem imuniti bagi membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan dapat meningkatkan aktiviti sel-sel imuniti dengan cara mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Kopi Radix menyebabkan seseorang itu akan kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga membuatkan seseorang pesakit itu meminum banyak air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Dalam radix terdapat bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Kenyataan ini telah diperkuatkan lagi dengan kajian Dr. Azizah Hamid dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam situasi sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan kopi radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Kopi radix Untuk Kaum Wanita
Radix sebenarnya mempunyai bahan anti-oksidan yang mana ia boleh memerangkapkan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Untuk wanita yang mengalami masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan meminum kopi radix, begitu juga dengan masalah senggugut. Kopi radix mempunyai kesan detoksifikasi yang dapat mengeluarkan keracunan pada hati serta membetulkan perjalanan darah. Untuk wanita menopouse, pytoestrogen dan kalsium untuk tulang boleh didapati dalam kopi radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (untuk menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak dapat meningkatkan tenaga kelakian dan adalah lebih baik jika disinergikan dengan Omega3. Bagaimana ini boleh berlaku? Terdapat satu kajian di Universiti Malaya (UM) yang menunjukkan tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Related posts:
Rahsia Herba Warisan
[...] Master Radix, sekarang ada kopi radix tiruan yang baru pulak [...]