Archives for tips bisnes category

Setiap bidang atau bisnes ada undang-undang sendiri. Begitu juga dengan network marketing atau pemasaran rangkaian secara online, untuk memastikan kita mendapat hasil dari usaha kita. Di bawah adalah senarai 5 ‘perlu buat’ yang saya garap dari sebuah blog pakar internetwork marketing.

1. Fokus hanya pada satu bisnes network marketing dalam satu masa. Buat banyak bisnes dalam satu masa boleh membawa kepada masalah. Salah satunya masalah FOKUS. Nak fokus yang mana satu? Kena pulak kalau kita buat secara part time. Sedangkan setiap bisnes untuk berjaya perlu dilihat secara details. Memang takkan sempat.

2. Lihat bisnes dari segi jangka masa panjang. Buat secara konsisten untuk 2 – 3 tahun. Jika fikir untuk keuntungan cepat kita mungkin menuju ke arah kegagalan

3. Belajar dan guna pelbagai cara untuk mempromosi bisnes secara online. Bukan hanya tertumpu kepada satu cara sahaja kerana tiada satu-satunya cara yang magik untuk mengembangkan bisnes.

4. Sentiasa menambah ilmu berkaitan dengan network marketing online. Dengan ilmu dan tindakan, hasil yang diperolehi akan bertambah.

5. Sentiasa membuat perancangan bisnes dan bertindak mengikut perancangan yang dibuat. Perancangan perlu dibuat dari masa ke semasa bukan hanya pada awal menyertai bisnes.

Share