Archives for rawatan asma category

penawar astma

PENYAKIT asma adalah berasal daripada perkataan “asthma” yang diambil dari bahasa Yunani yang bermaksud “sulit bernafas”. Penyakit asma dikenali dengan gejala sesak nafas, batuk yang disebabkan oleh penyempitan saluran nafas. Gejala yang biasa ditimbulkan oleh penyakit asthma antara lain:

  • Nafas yang berbunyi (wheezing)
  • Nafas pendek, biasanya berlaku ketika sedang berolahraga.
  • Rasa sesak di dada.
  • Batuk-batuk hanya pada malam hari.

Siapa sahaja berisiko terkena penyakit ASMA

Kanak-kanak ataupun dengan orang dewasa boleh terkena penyakit asma ini. Pada umumnya penyakit asma merupakan penyakit kanak-kanak yang bersifat kronik. Persatuan Paru-paru Amerika melaporkan bahwa satu daripada tiga penderita asma berusia di bawah 18 tahun. Alergi merupakan penyebab gejala asma, 80% kanak-kanak dan 50% orang dewasa yang terkena asma juga memiliki alergi.

Faktor-faktor yang menyebabkan ASMA?

  • Alergi seperti debu dan lain-lain
  • Cuaca.
  • Olahraga.
  • Wap dari berbagai bahan kimia, rokok atau memasak dengan kayu bakar.
  • Infeksi pernafasan.
  • Emosi, seperti tertawa, menangis dan stress.

Apakah penyakit ASMA merupakan penyakit keturunan ?

Satu kajian di Amerika dan Eropah melaporkan dalam “American Journal Of Respiratory and Critical Care Medicine” bahawa adanya hubungan yang kuat dimana seorang kanak-kanak yang memiliki satu diantara ibubapanya penderita asma akan berisiko 3X ganda terkena asma, sedangkan kanak-kanak yang kedua orang tuanya adalah penderita asma, maka anaknya berisiko terkena asma 6X ganda.

Dapatkan ubat asma yang sebaiknya untuk mengelakkan keadaan yang lebih kronik.

Share