Archives for MLM Syariah category

Cara promosi blog adalah antara tajuk yang penting bila bercakap tentang blog. Kalau blog kita lawa pun tapi takde orang melawat, tak ada gunanya jugak kan. Cara promosi blog pun ada bermacam cara dan cara yang paling power ialah cara SEO atau dapatkan trafik secara organik. Maksudnya target pada mereka yang mencari maklumat di google atau yahoo. Kalau kita pandai bab cara promosi blog guna SEO ni, bila mereka taip perkataan berkaitan bisnes kita, mereka akan jumpa blog kita tanpa bantuan sebarang unsur mistik ! Tak tipu punya…

Minggu lepas saya telah menghadiri kursus lipat ganda MLM yang disampaikan oleh Irfan Khairi. Banyak jugak tips yang dapat dari kursus tersebut. Tapi apa nak story kat sini, apa antara yang paling ditekankan ialah kena ada blog untuk membina kredibiliti dalam bisnes MLM dan lebih penting lagi, cara promosi blog yang utama ialah guna kaedah SEO ni.

Cara promosi blog guna SEO ini akan memastikan kita akan mendapat pelawat ke blog kita secara percuma dan kalau kena caranya mendapat trafik secara percuma dan konsisten dalam jangka masa panjang. So, kita boleh letak sebarang iklan bisnes utama kita di blog kita dan mungkin tak perlu lagi nak mengeluarkan sen (duit) untuk kos promosi seperti letak banner di laman-laman web terpilih.  Tentunya menjimatkan kos !

Teknik promosi laman web / blog percuma, hampir 50 video BAHASA MELAYU, klik sini, semuanya PERCUMA

Share

Sudah lebih setahun HPA atau hpa industries telah membuat deklarasi bahawa bisnes MLM HPA adalah bisnes MLM Syariah. Sebagai peneraju MLM syariah, ini adalah satu langkah tepat untuk memberikan satu peluang bisnes yang jelas halal dari segi syariah. Kepada yang ingin menyertai HPA, tak perlu risau dari segi hukum dan terus fokus kepada pembinaan bisnes bersama HPA. Saya ingin menyorot kembali ketika majlis deklarasi tersebut.

Dianggarkan terdapat lebih daripada  1,200 orang yng telah hadir ke Majlis Pelancaran Ais Krim Toyyibah sempena Seminar MLM Syariah HPA yang telah diadakan di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur semalam. Dewan tersebut yang hanya boleh menampung 500 orang, penuh sesak dan menyebabkan pihak penganjur terpaksa menyediakan beberapa buah layar besar di luar dewan.

Sesi soaljawab dalam seminar MLM Syariah HPA adalah agak panas pada sebelah petang tetapi persoalan hadirin dapat dijawab dengan tenang oleh ahli panel yang terdiri dari Pengarah Urusan HPA Tn. Hj. Ismail, Pengurus Besar HPA En. Mohd Faisol serta 3 wakil panel MLM syariah HPA iaitu Us Ahmad Ali, Us. Adnan Fadhil dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman.

Di akhir seminar MLM Syariah ini,sebelum doa penutup dibacakan oleh Al Fadhil YB Hashim Jasin, Us Ahmad bin Ali selaku Pengerusi Panel Syariah HPA telah membacakan deklarasi MLM Syariah HPA sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah:

1. Sistem urusniaga dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya menepati rukun – rukun dan syarat – syarat urusniaga ditetapkan oleh syariat Islam.

2. Panel syariah tidak menemui pada secara zahirnya sebarang unsur – unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.

3. Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada secara dasarnya memenuhi ciri – ciri MLM SYARIAH yang diputuskan oleh panel syariah.

BARISAN PANEL SYARIAH

1. USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei); Pengerusi Panel.

2. USTAZ HASHIM BIN JASIN(B.A PENGAJIAN ISLAM,Universiti Baghdad)

3. DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)

4. USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)

5. USTAZ NIDHO ABDURRAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)

6. USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)

7. PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)

8. USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

9. USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

10. USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI’AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH- ALAZHAR, Pengurus Pentadbiran HPA); Setiausaha Panel.

MLM Syariah : Satu komitmen HPA

Share

Lepas balik dari kursus Lipat ganda MLM, saya dah mula beberapa langkah yang dicadangkan untuk memantapkan lagi bisnes online bersama HPA industries.

Langkah utama, blog saudagarcyber, perlu di modifikasi kasi power sket dari segi SEO, salah satu teknik promosi yang tak boleh tinggal dalam bisnes online ni.  Tapi yang masalahnya bila ubah-ubah ni ada problem dengan post lama. Sekarang masih cuba untuk recover balik. Sekarang dah jadi mamcam start balik dari awal.

Sambil tu, kat atas ialah produk hpa terkini, chip buah-buahan. Sekadar hiasan. Nak rasa dapatkan di stokis atau cawangan yang berdekatan.

Share