Archives for kerja di rumah category

kerja dari rumah

Kerja di rumah melalui internet jika ingin dilakukan secara serius perlulah dijalankan dengan persediaan yang mencukupi. Ini untuk mengelakkan kita berhenti di pertengahan jalan kerana hasil tidak seperti dijangka. Kerja dari rumah memerlukan perkara asas berikut :

notebook/pc – pastikan tidak ada sebarang masalah yang akan menyebabkan kerja di rumah yang kita lakukan menjadi perlahan. Pastikan juga mempunyai anti-virus untuk mengelakkan sebarang virus yang boleh rosakkan fail-fail penting. Semua fail-fail kerja dari rumah juga perlu ada backup di tempat lain seperti thumb drive atau external hard disk, supaya jika berlaku apa-apa masalah kepada notebook/pc, semua dokumen kerja di rumah kita tidak akan hilang

internet – kena survey untuk cari perkhidmatan internet yang terbaik di kawasan yang kita tinggal supaya kerja di rumah kita tidak terganggu.

tempat kerja – kena pastikan meja dan kerusi adalah sesuai untuk mengelakkan kesan tidak baik kepada badan kita semasa kerja dari rumah .

Selain persediaan fizikal, kerja di rumah memerlukan kita bersedia daripada segi minda. Jauhkan dari perkara-perkara negatif yang akan memperlahankan usaha cari duit online yang kita lakukan.

Kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita, kerja dari rumah yang dilakukan juga adalah seperti perniagaan yang lain, memerlukan kesungguhan untuk mencari ilmu dan seterusnya mengamalkan ilmu cari duit online yang kita dapati tersebut.

Share