Posted on Dec 10, 2010 under jana duit online |

Dah lama jugak saya tak update blog ini. Bukan bermakna saya tak buat aktiviti-aktiviti jana duit online . Fokus update blog ni tersasar sikit sebab sibuk fokus pada affiliate, satu lagi sumber untuk jana duit online . Buat masa ni affiliate hanya menyumbang dalam 10% keuntungan bulanan.

Tak tahu nak letak gambar apa..letak je lah resit pos laju untuk bisnes
jual produk fizikal . Dah mula buat cop sendiri sebab
letih nak tulis alamat pegirim
Untuk bisnes produk fizikal iaitu penjualan produk HPA dan Amoorea di Internet, Alhamdulillah order masih masuk hampir setiap hari. Cuma ada problem dari segi stok minyak but-but. Ada dalam 3 order yang dah masuk tapi minyak but-but tak ada. Terpaksa ubah minisite dan buang penggunaan minyak but-but ke produk alternatif. Masalah stok, satu cabaran jana duit online melalui menjual produk fizikal.
Untuk jana duit online melalui bisnes network marketing HPA, sebelum ni plan nak start balik kongsi iklan berbayar dengan downline. Tapi buat masa ni belum start lagi. Dah jumpa beberapa blog untuk letak iklan tapi disebabkan fokus ke lain minggu ni, akiviti pengiklanan terbantut sikit. Tapi alhamdulillah dalam masa terdekat ni, saya akan naik dua lagi tangga dalam pangkat bisnes HPA iaitu ke PR, Pengarah Meranti.
Itu saja serba sedikit update…. jana duit online
Posted on Oct 06, 2010 under jana duit online |

Harap anda sihat dan kembali segar dan bersemangat dalam kerjaya atau bisnes internet yang anda lakukan, setelah cuti panjang hari raya Puasa. Semoga ini akan menguatkan momentum kita untuk terus mengejar impian dalam bisnes internet.
Lepas raya, saya lebih banyak fokus kepada projek ministe, menjual produk HPA melalui minisite. Alhamdulillah, walaupun musim raya jualan slow sangat, tapi lepas raya, order untuk produk HPA bertambah kembali, hampir setiap hari terima order. Sekarang tengah tambah beberapa minisite baru.
————Berita hpa————–

Sebenarnya HPA baru sahajaCdengan rasminya membuka bangunan baru HPA International Center di Seksyen 13, Shah Alam. Tak jauh dari Stadium Shah Alam, bersebelahan dengan Management Science University.Kalau tak silap saya 12 tingkat dan akan digunakan sepenuhnya oleh HPA. Kat situ juga ada pasaraya HPA dan kalau anda lalu situ, dijemput singgah.
Semoga bangunan ini akan menjadi satu mercu tanda semangat ahli HPA untuk terus memperjuangkan produk halal HPA.
————Teknik promosi internet————————
Dijemput ke laman web training saya di:
http://www.saudagarcyber.net/training
Semoga bermanafaat. Teruskan promosi bisnes internet yang kita lakukan.
ELAKKAN MENJADI SALAH SEORANG DARI 94% MEREKA YANG MENYERAH KALAH DALAM BISNES INTERNET.
Maksudnya majoriti dari kita memang cepat menyerah kalah. Semoga kita tidak menjadi sebahagian dari statistik. Teruskan MENUNTUT ILMU dan ISTIQAMAH dalam membuat promosi !
Semua dari kita berhak untuk berjaya ! Cuma masa yang diambil mungkin berbeza disebabkan masa yang kita ada dan kesungguhan.Tapi bagi saya, cepat atau lambat, yang penting KONSISTEN !
Itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi
Posted on Jun 20, 2010 under jana duit online |

Jana duit online merupakan cabang bisnes yang tentunya memerlukan kemahiran yang spesifik. Keuntungan yang kita dapat biasanya bergantung kepada tahap ilmu kita dalam jana duit online. Jangan jemu cari ilmu, tapi jangan sampai information overload, banyak info tapi tak bergerak-gerak.
Jana duit online dengan bisnes syariah HPA minggu ni banyak saya tumpu pada pembacaan. Tengah baca buku Bukan Sekadar Impian -Idris Mohd Said, perjalanan bisnes sebuah syarikat pemasaran rangkaian. Buku berbentuk motivasi. Setiap impian untuk jana duit online perlu usaha yang betul dan bukan hanya angan-angan.

Sabun Basirah, produk sabun keluaran HPA berasaskan tanah liat khas untuk merawat resdung (jerawat)
Minggu depan pula saya akan mula balik sharing iklan dengan seorang rakan niaga di harakahdaily. Cuti sekolah ni stop sekejap, sebab trafik mungkin slow sikit cuti-cuti ni. Insyallah, akan teruskan usaha jana duit online bersama HPA dengan lebih banyak sharing iklan. Sharing iklan adalah satu konsep yang sepatutnya jangan tinggal dalam jana duit online.
Tak lupa juga masa untuk review balik ayat-ayat yang digunakan dalam autoresponder. Perlu update mana yang patut. Dah lama jugak tak update. Cuma sekarang tengah fikir macamana nak upgrade squeeze page supaya lebih mengancam. Squeeze page + autoresponder, 2 tools yang amat penting dalam jana duit online.
Posted on Jun 18, 2010 under jana duit online |

Jana duit online yang sebenar seperti bisnes-bisnes lain bukan merupakan satu bidang perniagaan yang magik atau skim cepat kaya. Seperti setiap perkara dalam hidup kita yang perlu melalui fitrah kehidupan, jana duit online juga mempunyai undang-undang sendiri jika kita ingin berjaya jana duit online.
1. Ilmu
Pelajarilah ilmu yang berkaitan jana duit online mengikut bisnes online yang kita ceburi. Katakan kita pilih MLM secara online, carilah ilmu yang berkaitan tapi cuba elakkan information overload, atau kumpul banyak sangat maklumat sampai kita tak tahu macamana nak bergerak. Yang penting, bila kita dapat sedikit ilmu jana duit online, kita amalkan. Dari masa ke semasa, tambah ilmu sedikit demi sedikit dan disertakan dengan amalan.
Untuk rakaniaga sekalian, boleh juga menggunakan laman training http://www.saudagarcyber.net/training untuk menambahkan serba sedikit ilmu. Selagi kita tak menguasai ilmu-ilmu utama jana duit online, memang payah untuk kita mencapai kejayaan dalam jana duit online.
2. Konsistensi / istiqamah
Kejayaan dalam jana duit online biasanya mengambil masa terutamanya jika kita masih baru dan kita perlu melalui fasa mencari ilmu-ilmu asas. Kita tidak bolehlah membandingkan dengan mereka yang telah pakar dalam jana duit online. Oleh itu, kena banyak bersabar. Tapi jika kita cepat mendalami ilmu, insyaallah kita akan cepat menjana duit online.
Apa-apa pun, kita perlu konsisten sehingga kita berjaya, jangan mudah putus asa. Mengikut statistik, memang sebahagian besar akan berhenti separuh jalan sebelum mampu jana duit online dan pastikan kita tidak menjadi sebahagian dari statistik tersebut.