Archives for imam muda astro category

Imam Muda astro merupakan program siri pencarian mengenai sekumpulan remaja lelaki Islam dihasilkan oleh Astro melalui bantuan serta kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan bertujuan, imam muda astro ini dapat melahirkan imam Muda terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih untuk program imam muda astro oasis ini bakal dihimpunkan dalam sebuah asrama untuk selama tiga bulan untuk mempelajari serta memahami mengenai hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam daripada tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkenal yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam muda program imam muda astro ini akan menjalani serta mengikuti jadual yang agak ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu program imam muda astro ini bakal diuji pada setiap minggu melalui latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama, juga melalui kemasyarakatan dan kepimpinan.

Senator Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut hadir  untuk menyempurnakan majlis pelancaran program imam muda astro telah memuji pihak Astro yang telah berani untuk membuat pelaburan besar untuk memartabatkan unsur keagamaan di sebuah stesen penyiaran berprestij serta bertaraf dunia seumpama ini.

Mari menjana pendapatan tambahan serta menyokong ekonomi ummah bersama bisnes online syariah HPA

<< klik sini >>

Share

Imam muda astro oasis , satu lagi program realiti yang mendapat tempat di Malaysia dan kini juga mendapat liputan di luar negara. Program imam muda  astro oasis ini dicetuskan oleh astro oasis apabila melihat anak muda zaman ini yang sebenarnya mempunyai potensi dalam memikul tanggungjawab bukan hanya sebagai seorang imam serba boleh tetapi juga sebagai seorang pemimpin berwibawa.

Imam muda astro oasis ini telah mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini insyaallah akan memberi satu landasan dalam memartabatkan status imam serta memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar seorang imam.

imam muda astro

Calon-calon imam muda astro oasis ini akan melalui jadual ketat, peraturan dari segi agama, tugas-tugas rutin dan pemahaman khusus tentang tugas sebagai seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua calom imam muda astro oasis ini bakal diuji pada setiap minggu melalui latihan praktikal serta bertulis berasaskan kepada tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.

Jadual Siaran:

Imam Muda – Kapsul: Pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.55 petang serta ulangan pada 11.00 malam, bermula pada 26 Mei 2010, Program selama lima (5) minit memaparkan kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda astro oasis merangkumi pelbagai aspek dari kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, merupakan rancangan penentuan prestasi  bagi semua calon Imam Muda astro oasis selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Mari menjana pendapatan tambahan serta menyokong ekonomi ummah bersama bisnes online syariah HPA

<< klik sini >>

Share