Posted on Jul 28, 2011 under habbatus sauda |
Kebanyakan daripada masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.
Sementara habbatus sauda berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Antara kebaikan habbatus sauda ialah ia menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Habbatus sauda sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik.
Secara am, kegunaan serta manafaat minyak habbatus sauda terlalu banyak. Habbatus sauda membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus.
Habbatus sauda juga berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.
Posted on Feb 20, 2011 under habbatus sauda |
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Antara bahan-bahan kandungan habbatus sauda hpa ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati rheumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
- Mempertingkatkan sistem immuniti
- Meningkatkan tenaga seksual
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 58
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 38
Sabah & Sarawak: RM 48
Nilai Mata (NM): 12
Posted on Oct 31, 2010 under habbatus sauda |

Habbatus sauda mempunyai pelbagai khasiat samada dari segi pencegahan penyakit dan juga untuk merawat pelbagai penyakit. Ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi s.a.w yang memberitahu habbatus sauda , herba penawar pelbagai penyakit kecuali mati.
Antara kebaikan habbatus sauda ialah:
- mendapatkan kulit muka yang cerah
- merawati batuk dan asma
- kencing manis
- selsema
- keguguran rambut
- tekanan darah tinggi
- masalah untuk tidur
- sakit-sakit otot dan sendi
- rasa loya dan muntah
- mengurangkan kolesterol
- merawat batu karang dan sebagainya

Pelbagai kajian telah dibuat ke atas habbatus sauda dan antara kajian habbatus sauda yang tersohor adalah:
- Ibnu Sina dalam buku beliau Canon of Medicine telah menulis bahawa Habbatus Sauda mampu merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
- Ibnu Qayyim dalam buku beliau Medicine of the Prophet telah menyatakan Habbatus Sauda mempunyai keupayaan untuk memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
- Dr Ahmad Elkadi pula telah membuat kajian serta mendapati Habbatus Sauda dapat mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Oleh itu, jika kita masih mencari satu herba yang boleh dijadikan amalan harian atau untuk tujuan rawatan, habbatus sauda boleh dijadikan pilihan.
Posted on Oct 15, 2010 under habbatus sauda |

Habbatus sauda merupakan satu herba yang tak perlu dipertikaikan lagi kerana habbatus sauda pernah disebut dalam hadis nabi s.a.w. Habbatus sauda juga telah lama digunakan sebagai perawatan untuk pelbagai penyakit. Kini terdapat pelbagai produk habbatus sauda yang ada dipasaran samada dalam bentuk minyak atau softgel.

Habbatus sauda HPA merupakan salah satu dari pilihan produk habbatus sauda di pasaran. Habbatus sauda HPA datang dalam bentuk softgel. Dalam satu botol mengandungi 60 softgel. Antara kegunaan utama ialah dalam mengingkatkan daya tahan badan dan juga menambah kuantiti susu utnuk ibu-ibu yag menyusu.
Untuk maklumat lanjut mengenai habbatus sauda hpa, anda boleh ke laman web http://www.habbatus-sauda.net/
Pembelian secara online juga disediakan di laman web tersebut.