cara promosi blog : tarik trafik organik bukan baja organik
Posted on Jun 13, 2010 under bisnes halal, cara promosi blog, MLM Syariah | 6 CommentsCara promosi blog adalah antara tajuk yang penting bila bercakap tentang blog. Kalau blog kita lawa pun tapi takde orang melawat, tak ada gunanya jugak kan. Cara promosi blog pun ada bermacam cara dan cara yang paling power ialah cara SEO atau dapatkan trafik secara organik. Maksudnya target pada mereka yang mencari maklumat di google atau yahoo. Kalau kita pandai bab cara promosi blog guna SEO ni, bila mereka taip perkataan berkaitan bisnes kita, mereka akan jumpa blog kita tanpa bantuan sebarang unsur mistik ! Tak tipu punya…
Minggu lepas saya telah menghadiri kursus lipat ganda MLM yang disampaikan oleh Irfan Khairi. Banyak jugak tips yang dapat dari kursus tersebut. Tapi apa nak story kat sini, apa antara yang paling ditekankan ialah kena ada blog untuk membina kredibiliti dalam bisnes MLM dan lebih penting lagi, cara promosi blog yang utama ialah guna kaedah SEO ni.
Cara promosi blog guna SEO ini akan memastikan kita akan mendapat pelawat ke blog kita secara percuma dan kalau kena caranya mendapat trafik secara percuma dan konsisten dalam jangka masa panjang. So, kita boleh letak sebarang iklan bisnes utama kita di blog kita dan mungkin tak perlu lagi nak mengeluarkan sen (duit) untuk kos promosi seperti letak banner di laman-laman web terpilih. Tentunya menjimatkan kos !




