Posted on Nov 25, 2011 under bisnes online |

“Tuan Haji Ismail semasa pelancaran susu kambing Hpa di Jakarta baru-baru ini”
Dah lama saya tak update blog ni. Masih jalankan bisnes produk Hpa seperti biasa. Aktiviti harian lebih tumpu pada memproses order-order produk Hpa yang saya terima dari internet.
Proses mencari ahli baru slow sikit sejak lepas raya. Insyaallah plan Akan start balik buat kongsi iklan. Mungkin dalam masa terdekat
Dan post kali ni first time saya post blog menggunakan I-phone. Ada application iPhone untuk edit wordpress hanya dari skrin iphone. Cuma kurang selesa sedikit. Tapi tak tahulah kalau dah biasa lepas ini
Kepada yang ingin cari duit online , Hpa masih antara pilihan terbaik. Walaupun terdapat isu stok sesetengah barang tak cukup, tapi untuk produk utama Hpa iaitu produk produk herba, tak banyak masalah stok dan permintaan masih seperti biasa
Posted on May 24, 2011 under bisnes online |

——————————————————————————
Selamat datang saya ucapkan kepada rakan yang baru menyertai
HPA group online kami:
En Mustapa, en Zulkipli, Nurul Atikah, En Abdul Halim
Samsuraida, En, Rosfan.
Sila hubungi saya jika perlu bantuan untuk mulakan bisnes
online HPA
——————————————————————————-
Kali ini saya just ingin highlight berkenaan asas untuk
buat bisnes online dari rumah. Just ingin hightlight kembali
walaupun ramai dah tahu
1) PC / Laptop
2) Line internet/broadband kat rumah – ni wajib ada
Tak boleh bergantung pada Cyber cafe atau Ofis.
3) Ruang kerja – satu bahagian dalam rumah yang sesuai
untuk buat kerja tanpa gangguan
4) Masa – Setiap hari perlu peruntukkan masa untuk promosi
dan aktiviti bisnes online lain
5) Ilmu – untuk kes bisnes pemasaran rangkaian cuba laburkan
sedikit wang dari masa ke semasa untuk beli buku/ebook mengenai
blogging, jual produk fizikal, teknik promosi online dan lain lain
6) Konsisten/istiqamah – Ni paling penting, sebab secara umum
bila namanya bisnes, ambil masa untuk buahkan hasil, kecuali
mereka yang dah berpengalaman
Rakan sekalian,
Internet cuma memberikan kita cara melakukan
pemasaran rangkaian / MLM cara baru, tapi
bukan dengan cara goyang kaki.
Dengan ada internet
-Tak perlu Face-to-Face prospek
-Tak perlu terima rejection secara berdepan
-Tak perlu selalu ke kelas mingguan
-Tak perlu keluar rumah
-Tak perlu PAKSA2 orang
-dan lain-lain cara yang kadang2
merosakkan pandangan orang terhadap
bisnes pemasaran rangkaian
Tukar ke:
-Promosi, promosi dan promosi di Internet
-Keluar sedikit kos untuk beli iklan berbayar
(untuk cepatkan pengembangan rangkaian)
-belajar ilmu2 bisnes internet dari internet
atau sumber lain seperti buku2.
Posted on Apr 21, 2011 under bisnes online |


1) Selamat datang kepada semua ahli baru team duniaherbahpa-sz
en Mustapa, en Zulkipli, Nurul Atikah, En Abdul Halim, Samsuraida, Rosfan
Sila hubungi saya jika perlukan bantuan.
2) Internet table coaching
Saya plan untuk mengadakan internet coaching
mungkin dibuat di restoran sekitar Gombak/Batu caves
Saya ingin feedback jika ada yang berminat.
Kalau ada response ok, saya akan proceed dan
arrange masa dan tempat
Syarat:
-Belajar internet marketing untuk promosikan HPA
-Ada internet di rumah
-Ada masa untuk buat internet marketing di rumah
Silibus
-Teknik promosi forum, yahoogroup dll
-Teknik blogging
-Cara jual produk hpa online
-dll yang sesuai
Saya juga mohon feedback jika ada contact no. sebarang
syarikat yang sewakan training room di sekitar Klang valley
Posted on Oct 31, 2010 under bisnes online |

Bisnes online hpa saya teruskan dengan satu lagi pengalaman baru, memberi kursus cara membina laman web squeeze pag. Kursus diadakan semalam, 30 Oct 2010 di Cyberjaya. Kehadiran lebih kurang 7 orang ahli hpa duniaherba.net. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun lambat sikit bermula kerana ada masalah teknikal di bilik training. Yang lebih penting, harap ahli hpa duniaherba dapat serba sedikit ilmu dan skill untuk meningkatkan lagi tahap bisnes hpa.
Dalam kursus bisnes online tersebut, saya telah cover beberapa topik berkaitan squeeze page. Tajuk tersebut ialah :
- squeeze page – intro
- cara pembinaan laman web squeeze page – software NVU
- domain/hosting – pembelian, upload file guna ftp
- Autoresponder – asas, cara guna Trafficwave
Bisnes online tak dapat lari dari penggunaan squeeze page. Bukan saya kata, tapi pakar-pakar internet memang menggunakan kaedah ini untuk membesarkan keuntungan. Jika ingin serius dengan bisnes online, perlu pelajari.
Posted on Sep 16, 2010 under bisnes online |


Sejak sebulan lalu, blog ni telah down kerana masalah upgrade ke wordpress versi 3.0. Bila guna automatic upgrade melalui wordpress dashboard ada problem, terus keluar error dan tak tahu nak buat apa. Dah cuba cari solution di internet, tapi masih tak berjaya upkan blog bisnes online ini.
Yang silapnya, dah ada dekat 20 post di blog bisnes online ini dan semuanya mempunyai nilai SEO, tapi tak buat backup langsung.
Tapi alhamdulillah malam ni, plan nak buat blog baru untuk bisnes online hpa, start dari awal. Di cpanel, pergi ke menu fantastico untuk create blog baru. Tapi kat situ terjumpa menu untuk upgrade ke 3.0. Terus cuba upgrade dari situ..alhamdulillah blog up balik. Dah tak ada error.
Kepada sahabat sekalian yang buat bisnes online, bila buat blog bisnes pastikan:
- Selalu backup post/blog
-berhati-hati bila nak upgrade wordpress blog version. Cuba cari maklumat yang mencukupi. Saya pun tak berapa reti dalam hal ni, tapi cuba search di internet, insyallah banyak info. Cuma antara yang saya boleh share, sebelum upgrade pastikan ‘disable’ dulu semua plugin sebab mungkin ada plugin yang tak ngam dengan versi wordpress yang baru
Itulah serba sedikit yang saya boleh share untuk blog bagi bisnes online . Sekarang masih di kampung, sabtu ni insyaallah balik ke KL.
Selamat hari raya