Masalah isu produk halal boleh dikatakan satu isu yang seolah-seolah takkan habis. Satu persatu kes-kes penyelewengan produk halal yang berlaku. Pernah dahulu, kita digemparkan dengan pendedahan media mengenai ada pihak tertentu yang telah menggunakan logo halal palsu pada produk makanan serta premis menjual makanan mereka.

Selepas itu, timbul pula isu sosej serta mi yang berlogo halal tetapi didapati diperbuat daripada bahan berasaskan babi. Media juga sebelum tu pernah memaparkan berbagai taktik yang telah digunakan oleh pengusaha makanan bukan Islam yang cuba menarik pelanggan Isla untuk mengunjungi premis mereka termasuklah dengan meletakkan ayat suci al-Quran dalam premis serta mengupah pekerja asing untuk memakai pakaian berimej Muslim seperti wanita bertudung dan sebagainya.

Tidak pun reda dengan masalah penyelewengan itu, masyarakat Islam dikejutkan pula dengan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah menarik balik sijil pengesahan halal yang telah diberikan pada sebuah syarikat pengeluaran daging ayam ekoran daripada proses penyembelihan haiwan itu yang meragukan.

Semua kes seperti sebenarnya satu cabaran besar kepada Umat Islam dalam usaha untuk menjalani kehidupan secara diredhai Allah. Selain dari penguatkuasaan atau denda yang lebih berat, masyarakat Islam kini perlu mula mengambil usaha untuk menyokong produk halal yang dikeluarkan oleh Umat Islam sendiri.

Kini telah banyak syarikat orang Islam yang telah masuk ke pasaran produk halal untuk memberi alternatif kepada umat Islam supaya tidak lagi perlu bergantung kepada produk halal yang diragui statusnya. Antara syarikat-syarikat tersebut termasuklah HPA Industries yang telah mengeluarkan pelbagai jenis kategori produk halal untuk umat Islam. Kita sebagai Umat Islam, bersama-samalah menyokong produk halal yang dikeluarkan oleh umat Islam sendiri supaya mereka berkembang lebih pesat dan satu hari nanti menguasai pasaran produk halal .

Share

Related posts:

  1. Produk halal hpa sebagai pilihan tepat
  2. Isu produk halal – penyembelihan yang tidak menepati syarak
  3. Produk halal – pencariannya satu kefardhuan
  4. Produk HPA : Sudah capai 310 produk

Leave a comment

Name: (Required)

eMail: (Required)

Website:

Comment: